NexusEarth Newsletter April 2017 – Malay

Jilid 1, Nombor 3 – 22 April, 2017

Selamat datang ke buletin ketiga Nexus.

Ia merupakan satu bulan yang menarik dan sangat aktif untuk Nexus. Komuniti kami terus berkembang. Kini kami mempunyai lebih 1,600 ahli Slack dan ahli Facebook kami juga telah meningkat kepada lebih 500 orang! Semakin ramai orang melibatkan diri dan mengambil tugas-tugas penting untuk membantu Nexus berkembang. Seperti sepohon pokok, Nexus dibina dari bawah ke atas dengan asas yang kukuh yang terdiri daripada berpuluh-puluh ribu baris kod yang unik, dan komuniti yang bertenaga. Terima kasih kepada semua ahli kerana membantu Nexus membentuk asas yang kukuh! Kami baru-baru ini mengalu-alukan ahli pasukan baru, Glen Luyckx, ke Nexus. Glen beraliaskan mrprobz  dan boleh dilihat dengan kerap di dalam Slack membantu dengan sokongan teknikal dan khidmat masyarakat. Selamat datang Glen!

Coinpayments dan Coinomi

Nexus baru-baru ini telah di masukkan ke Coinpayments selepas Komuniti bersama-sama dalam menyumbangkan 1 BTC  yang diperlukan untuk diintegrasikan ke dalam sistem pembayaran. Nexus kini boleh diterima di mana-mana laman web sebagai kaedah pembayaran! Laman web pertama yang menerima Nexus adalah https://www.pexpeppers.com/. Layari laman web tersebut jika anda sedang mencari sos pedas semula jadi atau biji lada pedas.

Pasukan Nexus juga baru-baru ini dibayar supaya Nexus ditambah kepada wallet multicoin Coinomi. Pemaju Coinomi secara aktif berusaha melengkapkan integrasi dan mempunyai Nexus untuk berada di “wallet” mereka tidak lama lagi. Disebabkan Nexus mempunyai kod asal yang hebat, Coinomi harus melakukan kod tambahan untuk melengkapkan penambahan. Sebaik sahaja selesai, Nexus akan dapat digunakan pada mana-mana peranti Android dengan memuat turun Coinomi Wallet App.

March Nexus

Kedai Nexus Swag

Bulan lalu kami menayangkan “Nexus Swag Store”. Pilihan saiz pakaian hanya didapati dalam jumlah yang kecil, namun mempunyai kualiti yang hebat. Pelbagai logo, warna, dan gaya yang disediakan. Terdapat juga barang-barang seperti cawan kopi, tablet, sarung telefon, dan selimut. Semua hasil akan disalurkan ke bajet pemasaran Nexus. Kami mempunyai banyak permintaan untuk topi Nexus dan kami sedang mencari pembekal. Kami mungkin membuat keputusan untuk menjual terus melalui laman web NexusEarth.com menggunakan Coinpayments.

Nexus Testnet  dan penambahbaikan Prime Channel Miner

Dedikasi Testnet kini berfungsi. Ditambah baik CPU dan CPU / GPU hibrid “miner” untuk “Prime Channel” telah disiapkan. Ujian semasa telah berterusan sejak beberapa minggu lalu dan telah menunjukkan peningkatan efisiensi. “Miner” hampir siap untuk diedarkan secara besar-besaran.

Nexus Bounties dan Tipbot

Untuk memberi ganjaran kepada mereka yang membantu dengan Nexus, kami telah mula mengeluarkan upah untuk tugas-tugas tertentu. Beberapa perkara dengan ganjaran semasa termasuk pembangunan “Prime Channel GPU Miner”, penjana “wallet paper”, artikel yang berkualiti mengenai Nexus, video promosi, dan kerja-kerja grafik. Senarai ganjaran semasa dipaparkan di ruang “Nexus Forum Bounty” pada NxsForum.com dan juga boleh didapati di saluran “#nexus-bounties” di dalam Slack Nexus. Kami juga baru-baru ini menambah “tipbot” di dalam Slack untuk menyebarkan kasih sayang dan membuatkan ianya lebih mudah untuk anda menghantar ganjaran. Anda dialukan-alukan sertai  kami di Slack untuk mencuba.

 Podcast Temuduga Bitcoin.com

Colin baru-baru ini telah ditemuramah untuk podcast Bitcoin.com yang akan disiarkan pada 26 April. Podcast tersebut belum lagi dikeluarkan. Colin bercakap panjang lebar mengenai teknologi Bitcoin, sedikit tentang Litecoin, dan sudah tentu mengenai duit syiling kegemaran kami, Nexus. Kami akan memberitahu semua orang di dalam semua saluran rasmi apabila ia disiarkan.

Skala Penuh Ujian Pelancaran Vector

Ramai di Komuniti telah bertandang di Slack semasa ujian pertama skala penuh pelancaran pada tarikh 6 April. Colin membantu dan menyediakan kemas kini setelah Komuniti berkumpul di dalam saluran Twitter @vectorspacesys untuk maklumat lanjut. Pelancaran berakhir dengan malang apabila pad automatik terbatal. Walaubagaimanapun tiada kerosakan dilaporkan keatas roket tersebut.  Banyak data penting telah dikumpul, masalah itu telah dikenal pasti, dan pelancaran semula dijadualkan untuk 3 Mei. Colin juga akan berada di lokasi bagi membantu pelancaran ujian kedua ini.

Pembantu Colin

Saya pasti ramai daripada anda tahu, Colin menjadi semakin sibuk kerana banyak tugas-tugas yang dikehendaki untuknya supaya Nexus terus berkembang. Dengan masa yang diibaratkan seperti komoditi yang berharga, Colin telah mengupah kawan baiknya Ashley untuk membantu dalam perihal komunikasi, jadual, dan barangan lain lain. Ini membebaskan masa  Colin yang dihabiskan pada tugas-tugas ini dan membolehkan lebih banyak ruang masa untuk kerja-kerja pembangunan Nexus. Ashley tahu akan jadual Colin dan akan mempunyai idea di mana Colin dan bagaimana untuk menghubungi dia bagi perkara-perkara penting apabila Colin sibuk di dalam pekerjaannya. Ashley juga akan membantu pasukan dengan tugas-tugas lain seperti yang diperlukan. Anda boleh mencari beliau dalam Slack sebagai nama Concordia, pastikan anda memberi sambutan yang baik kepadanya 🙂

Vector dan Nexus

Saya pasti anda ingat tentang berita bulan March, Surat Hasrat (LOI) diantara Vector dan Nexus telah ditandatangani menggariskan khusus -khusus Perkongsian Strategik. Perjanjian ini telah dilancar secara rasmi dan hubungan antara Nexus dan Vector terus diperkukuh dan terus mempunyai hubungan yang baik. Sebagai yang diketahui oleh Komuniti Nexus, Colin banyak berperanan di belakang tabir dan lebih daripada sekadar menulis kod yang berseni.

Kami amat teruja untuk mengumumkan Colin telah memperoleh kedudukan pelabur “Angel” bersama dengan Vector. Ini menjadikan Colin berkepentingan kewangan kepada Vector dan terus mengukuhkan hubungan perniagaan dengan Nexus bersama perkembangan teknologi satelit dan perisian. Kedudukan “Angel” bermakna Colin dapat mengambil bahagian dalam salah satu daripada “titian” awal pusingan pembiayaan memberikannya hak yang sah untuk membeli saham Siri A, B, dan C pada masa akan datang untuk mengekalkan pemilikan peratus di dalam Vector. Beliau mengambil bahagian dalam pusingan pembiayaan bersama-sama dengan syarikat-syarikat lain yang ternama seperti Desert Angels, Arizona Technology Investors, dan Kurrent Investment dari Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat. Di bawah adalah satu artikel dari Phoenix News tempatan yang menggariskan bagaimana “titian” pusingan itu berakhir:

Tucson aerospace startup raises $4.5 million, hiring up to 100 employees

Ini sangat mengujakan bagi masa hadapan Nexus dan Vector!

Kemaskini Tritium

Kepada sesiapa yang mengukuti repositori Github Nexus , anda boleh melihat terdapat kemas kini utama (pembuatan semula dan rekabentuk) daripada pangkalan kod Nexus. Ini adalah  persediaan untuk pelancaran Tritium, yang mana ia terkandung 3 bahagian kemaskini (Tritium, Tritium Trust, dan Tritium ++) dan mewujudkan asas seperti yang ditermakan sebagai siri kemaskini TAO . Ini merangkumi pelancaran Tritium, Amine, dan Obsidian (TAO).

Tritium bermula apabila pelancara “Beta”  siap sepenuhnya dan menggunakan struktur kod backend jauh lebih maju yang telah dibangunkan oleh Colin untuk beberapa waktu. Langkah seterusnya dalam turutan pelepasan Tritium tersebut adalah dijangkakan di dalam kemaskini “Tritium Trust”. Kemas kini Trust akan menggantikan Sistem Trust yang sedia ada dengan algoritma baru bagi mengeluarkan isu yang kerap terjadi berkenaan tamat tempoh “Trust Key”. Kemas kini Tritium Trust akan mengaktifkan semula beberapa faedah tertinggi “Trust Keys”  anda dan juga termasuk lain-lain kemas kini Network konsensus . Ini akan diikuti oleh Tritium ++, yang akan melengkapkan siri Tritium dan bertindak sebagai pembinaan baru dengan memasukkan apa-apa tambahan yang perlu dan pelarasan kepada kod asas. Tritium ++  juga akan termasuk pengembangan set mesej protokol yang akan memastikan pangkal TAO akan menyokong semua kemas kini berikut.

Kekhususan Amine dan pelepasan Obsidian akan diperincikan pada masa yang lain. Apabila siap, siri maklumat TAO akan menjadi asas yang penting, bukan sahaja untuk Nexus, tetapi juga untuk mana-mana “cryptocurrency” lain yang melaksanakan protokol tersebut dan akan membuat seni bina “blockchains” sedia untuk kegunaan arus perdana dan diterima pakai.

Profil Ahli Pasukan

Keith F Smith adalah ahli pasukan teras bagi Nexus. Bermula bergiat dengan komputer seawal usia kanak-kanak di awal tahun 90-an, Keith membina laman web  dan juga mulakan sebuah syarikat pembangunan web seawal umur 12 tahun. Pada usia 16 tahun, beliau telah mengambil kursus kolej untuk sistem maklumat komputer dan bekerja sebagai pemaju pangkalan data Microsoft Access. Keith melanjutkan pelajaran dalam bidang komputer di sebuah kolej tempatan, tetapi memutuskan untuk masuk ke dalam sektor pembinaan kerana banyak peluang pekerjaan tempatan. Beliau pertama kali menemui Bitcoin semasa menganjurkan perarakan “Nationwide End The Fed” dan berkempen untuk Ron Paul. Bertahun kemudian pada 2013, beliau akhirnya bergiat ke “cryptocurrencies” dan seperti orang ramai di crypto, beliau sangat melibatkan diri.

Setelah terlibat dengan pasukan “cryptocurrency” lain di mana beberapa pemain utama hanya mempunyai kepentingan diri mereka sendiri, Keith telah mencari yang orang berfikiran serupa yang berminat untuk memajukan dunia melalui blockchain dan bukan semata-mata di dalamnya untuk keuntungan. Akhirnya, ketika cuba untuk melaksanakan idea bermacam “Proof of Stake” , beliau diperkenalkan kepada Colin oleh Preston dan mereka bersama melaksanakannya. Akhirnya, Keith bertemu seseorang yang melihat gambaran yang lebih besar dan berkongsi prinsip-prinsip “decentralized”nya dan juga mempunyai bakat untuk menjadikannya satu kenyataan. Dari idea asal Keith, Colin adalah satu-satunya pemaju yang mampu untuk mengekod apa yang kini menjadi “nPoS” dan membentuk asas untuk keperluan “Trust Keys”. Keith membina laman web semasa dan kini membina GUI untuk Nexus Wallet pada masa hadapan. Beliau juga menghasilkan beberapa video Nexus dan terus membantu dalam memacu Visi Nexus dan membina kehadiran Nexus dalam kriptografi. Beliau menyayangi keluarga, suka memancing, dan muzik. Mempunyai pemahaman yang mendalam tentang ekonomi, pengaruhnya berjalan jauh di dalam model ekonomi Nexus.

“BE THE DECENTRALIZED” – Keith Smith

 

Fakta sisi… nama skrin Colin Videlicet (videre licet) bermaksud: ia boleh dilihat; ternyata; dengan jelas.

 

Kredit Berita

Penulis: gjsteele71 (@spaid)

Editor: Preston (@pdogg147) 

Alih bahasa : Hakimnas (@hakimnas)

 


Jilid 1, Nombor 2 – 15 March, 2017

 Selamat datang ke buletin kedua Nexus.

Ia merupakan satu bulan yang menarik untuk mata wang digital didorong oleh keputusan ETF Bitcoin yang dinanti-nantikan, yang dimana akhirnya dinafikan oleh SEC pada 11 March. Ramai orang takut dengan penafian ini akan memusnahkan harga Bitcoin, namun selepas satu hari penjualan secara besar-besaran, harga BTC kembali ke harga asal seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Altcoins” dimana merangkumi banyak jenis mata wang kemudian melonjak harga, termasuk Nexus, di paras tertinggi baru.

Apa yang Terjadi Dalam Nexus Universe Pada Bulan Lepas?

Pasukan Nexus telah bekerja keras bulan ini untuk menyampaikan kandungan kepada peminat Nexus yang telah menunggu termasuk juga “wallet” baru yang dikenali sebagai Tritium, TestNet a, dan “Whitepaper” seperti yang dijanjikan. Kerja juga diteruskan untuk laman web baru dan “Explorer”. Selain itu, kami mempunyai beberapa bakat muzik di dalam komuniti Nexus yang bekerja bersama-sama untuk menyediakan kandungan bermelodi untuk promosi Nexus dan video. Kami juga telah memulakan kerja di “Nexus Swag Store” yang akan dilancarkan bersama laman web baru.

Jika anda telah mengikuti Nexus, anda tahu bahawa apabila perkara-perkara sedang sunyi, ia bermakna roda Nexus telah berjalan, membawa wawasan lebih dekat kepada realiti. Pemaju utama kami, Colin, membuat kerja yang ketara dalam “wallet Tritium” baru. Tritium akan dikeluarkan dalam tiga fasa: Tritium Beta, diikuti oleh pengaktifan Tritium Trust, akhirnya keluaran penuh yang dinamakan Tritium ++. “Wallet” ini akan mengandungi LLD (Lower Level Database) yang lengkap. Dalam persediaan bagi pengeluaran itu, lebih 11,000 baris kod yang dikemaskini telah dimasukkan ke “Nexus Github Repository”.

Pemaju teras Bryan meletakkan sentuhan terakhir pada TestNet diselaraskan untuk Rangkaian Nexus supaya masyarakat boleh membantu dalam menguji dengan “mining” dan “staking” sementara Nexus dalam kajian . Bryan juga mempersiapkan kod untuk menubuhkan Ujian Regresi bagi Nexus. Jenis ujian ini digunakan oleh syarikat-syarikat pembangunan perisian untuk mengesahkan kemas kini “programming” yang sebelum ini telah dibangunkan dan diuji supaya dijalankan dengan betul untuk perubahan baru atau apabila bergabung dengan perisian lain.

Colin telah menubuhkan sebuah pejabat di “Vector Space Systems (Vector)” Ibu Pejabat Korporat di Tucson, Arizona dan juga telah bekerja keras dengan rakan di Vector belakang tabir. Kami gembira untuk mengumumkan bahawa “Letter of Intent” (LOI) yang dinanti-nantikan antara Vector dan Nexus telah ditandatangani. Butiran khusus mengenai perjanjian itu akan diberi pada masa akan datang bersama syarat-syarat yang disediakan. Perkongsian bersama akan melibatkan Nexus menyokong pembangunan dan ujian Galactic Sky bersama Vector menyediakan rangkaian sokongan untuk Nexus. Sebuah hubungan awam (PR) dan pemasaran akan bermula musim panas ini apabila butiran tambahan akan disediakan mengenai struktur perkongsian ini, serta butir-butir syarikat-syarikat lain yang mungkin menyertai perkongsian itu. Ini adalah masa yang menarik untuk menjadi sebahagian daripada Komuniti Nexus!

Cantrell

Jim Cantrell (CEO dan Co-Founder Vector Space Systems) bersama Colin Cantrell (Founder dan Lead Developer di Nexus )

Fakta Nexus

Adakah anda tahu bahawa Colin mula pengekodan pada 5 Mei, 2014, kira-kira 4.5 bulan sebelum pelancaran Nexus pada 23 September 2014!

Profil Komuniti Ahli

Setiap bulan selagi kami boleh mencari peserta, kami merancang untuk berselang-seli antara  ahli teras dan ahli awam supaya kita semua boleh mengenal antara satu sama lain. Saya, Spaid, adalah fokus kepada ahli komuniti pada bulan ini.

Saya membesar di Northeast Ohio (Amerika Syarikat), tetapi menetap di Georgia untuk sepanjang kehidupan dewasa saya. Saya bekerja sebagai pengaturcara dan telah bekerja untuk Frigidaire (kini) dan Club Car (sebelum ini) untuk dua puluh tahun yang lalu. Saya seorang pakar, walaupun saya bukanlah gemar pada Star-trek atau membaca buku-buku komik. Saya menjadi taksub dengan hobi saya dan menghabiskan hampir semua masa lapang saya padanya. Termasuk juga Online Poker, Everquest / Warcraft, Magic Gathering, dan kini mata wang digital. Nama Spaid datang dari “cleric” yang digunakan semasa bermain Warcraft. Saya suka menulis dan ia adalah sesuatu yang saya boleh tawarkan kepada kripto-komuniti. Saya menonton The Walking Dead setiap minggu. Siaran kegemaran saya di Nexflix adalah Dexter dan Breaking bad.

Saya juga moderator di Crypto Currency News Reddit(INSERT LINK HERE).  Saya juga megikuti Berita Kripto dan saya memutuskan untuk menulis semua yang menarik untuk orang lain juga.

Kredit Berita

Penulis: gjsteele71 (@spaid)

Editor: Preston (@pdogg147)

Alih bahasa : Hakimnas (@hakimnas)


Jilid 1, Nombor 1 – 15 Feb, 2017

Selamat datang ke buletin Nexus yang pertama. Pada masa akan datang, orang akan melihat kembali pada masa menarik ini dalam kehidupan Nexus dan melihat persimpangan antara konsep dan penciptaan, dan kami berada di sini untuk menyaksikannya. Saya fikir sesuai untuk memulakan dengan abstrak dari keluaran “whitepaper” terkini kini yang sekarang di dalam proses terakhir. Ia meringkaskan pelan dan matlamat Nexus dengan sempurna.

Nexus akan menyediakan rangka kerja untuk meningkatkan kebebasan, sara diri, dan kreativiti semua orang di dunia. Satu rangkaian global berpusat sepenuhnya akan membolehkan rakyat untuk memindahkan nilai, data dan perkhidmatan kepada yang lain dalam satu bentuk yang benar-benar “peer-to-peer”. Satu mata wang digital yang dipanggil Nexus (berdasarkan Bitcoin Satoshi Nakamoto) telah dicipta untuk memudahkan sistem ini. Walau bagaimanapun, tidak ada sistem yang bergantung kepada rangkaian telekomunikasi tradisional yang benar-benar tidak berpusat. Untuk ini kita melihat kepada bintang. Blockchain Nexus akan selamat di angkasa. “Cube” satelit dalam orbit bumi yang rendah menyediakan akses rangkaian ke seluruh dunia di “latencies” yang boleh diterima. Bersama-sama dengan peranti perkakasan di bumi, rangkaian jalur pusat global akan dilahirkan. Pengguna akan melancarkan perkhidmatan “peer-to-peer” baru pada rangkaian tanpa perlukan kelulusan daripada pihak pemerintah berpusat. Rangkaian ini mestilah dibina atas asas yang kukuh. Sejak dua tahun yang lalu, banyak peningkatan keselamatan dan inovasi telah dibangunkan dan terbukti pada blockchain Nexus. Ini termasuk 571-bit privasi untuk meningkatkan daya tahan serangan kuantum, pelbagai perlombongan / saluran mempertaruhkan, pelarasan kesukaran dinamik, 1024-bit SHA3 asas blok “hashes”, “unified time”, kunci amanah, dan banyak lagi. Nexus adalah lebih daripada teknologi. Nexus adalah hubungan orang ramai..

Selamat datang ke Nexus!

Minggu ini kita melepasi 1,000 orang ahli di Slack NexusEarth. Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai Komuniti untuk berita yang terkini. Terdapat pautan ke Slack, dan tempat-tempat lain, anda boleh dapatkan maklumat yang berguna, sepanjang sisi kanan berita.

Apa yang Berlaku Dalam Nexus Universe Bulan Lepas?

Pasukan Nexus dengan sukacitanya mengumumkan tambahan tiga lagi orang ahli pasukan baru. Bryan Gmyrek, PhD menyertai sebagai pemaju teras dan telah membantu Colin memperhaluskan dan mencipta “whitepaper” yang baru. Di samping itu, Jessica Hartman telah dibawa masuk untuk membantu dengan pemasaran, dan ahli Slack Houssam, seorang pemaju web dan pengendali “pool”, telah secara rasmi dimasukkan ke dalam pasukan.

Colin Cantrell, pencipta dan ketua pemaju Nexus, dan Bryan, menghabiskan masa di Miami pada Persidangan Bitcoin Amerika Utara pada bulan Januari, di mana beliau berjumpa dengan nama-nama teratas di dalam mata wang dan keselamatan industri digital. Colin menjalin beberapa hubungan penting dan mengambil bahagian dalam beberapa wawancara yang sangat menarik.

Dalam temu bual ini (boleh didapati di Facebook), Colin dan Bryan bercakap mengenai aspek-aspek projek yang sedang diusahakan, apa yang dirancang untuk masa yang terdekat, dan menjawab soalan-soalan daripada orang awam. Colin berkata lebih terperinci tentang mengenai cara satelit akan digunakan untuk menyediakan akses internet kepada dunia, dan bagaimana Nexus memainkan peranan dalam ekonomi yang diwujudkan oleh rangkaian ini di seluruh dunia.

Forum Nexus baru di NxsForum.com telah dicipta oleh ahli Slack @etakmit . Terima kasih kepada hasil kerjanya, kita dapat mempunyai repositori yang lebih kekal untuk dokumen dan buah fikiran dimana tiada di Slack. Sila singgah ke forum baru dan kongsikan idea anda.

Apa yang Berlaku Di Nexus Universe Dalam Masa Terdekat?

“Nexus Wallet” versi 3.0 akan keluar tidak lama lagi dan akan mengandungi “Trust Key Depreciation”.LLD (Lower Level Database) “wallet” ini adalah yang pertama seumpamanya dan menyediakan pembukaan yang lebih cepat daripada versi sebelumnya. Jika anda tidak biasa dengan sistem “Nexus Trust Pos stacking”, kadar faedah meningkat sehingga 3%  jika anda membina “trust” dengan baki anda dihubungkan dengan rangkaian. Dengan meningkatnya “trust” anda, rangkaian akan bergantung kepada sambungan anda untuk mengendalikan lebih banyak urus niaga. Ini adalah salah satu daripada banyak perlindungan yang akan mengelakkan penggodam yang tidak diingini hadir ke rangkaian Nexus.

Seperti yang dinyatakan di atas, satu kemaskini “whitepaper” dalam persiapan yang memperincikan mekanisme dalaman teknikal Projek Nexus seperti yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Dokumen awal dan semua butir-butir adalah lebih daripada tiga puluh muka surat. Usaha sedang dibuat sekarang untuk mengurangkan jumlah halaman dan meletakkan ia ke dalam bentuk yang logikal,lebih mudah difahami, dan beformat.

Ahli pasukan sedang membuat rombakan lengkap untuk laman web NexusEarth.com. Ia akan memasukkan tema baru yang menarik dan susun atur, serta halaman FAQ yang dikemaskini untuk pelawat mengetahui lebih lanjut mengenai projek itu. Statistik dan laman “Explorer” akan dimasukkan dan juga untuk sesiapa sahaja yang ingin mengakses maklumat rangkaian.

Apa yang Kami Harapkan?

Berita besar yang tinggu-tunggu oleh pengguna adalahuntuk mendengar tentang selesainya rundingan kontrak dengan Space Vector. Apabila kontrak ini ditandatangani, rancangan untuk menerbangkan Rangkaian Nexus ke angkasa akan menjadi salah satu langkah yang penting dan revolusioner lebih dekat untuk menjadi realiti.

Pelan pemasaran sedang dibangunkan untuk menyebarkan berita dan membawa lebih ramai orang ke sebagai pengguna. Walaupun tanpa apa-apa pemasaran besar setakat ini, pengguna Slack semakin ramai dengan hanya berdasarkan kenaikan harga dan kata-kata dari mulut ke mulut. Ia adalah menarik untuk melihat berapa banyak pengunjung baru yang kita akan lihat apabila berita baik tentang Nexus disiarkan melalui lebih banyak saluran.

Profil Pemaju – Preston Smith

Preston, yang dikenali dengan pdogg147, adalah ahli teras pasukan Nexus dan berfungsi sebagai Pengurus Komuniti. Dia selalu ada untuk menjawab apa-apa soalan dan membantu Komuniti Nexus, sama ada di dalam Slack, di Facebook, atau di Bitcointalk. Dia mengenali Nexus, yang pada masa itu dikenali sebagai Coinshield, semasa beliau bekerja di projek kripto yang berbeza. Preston bertemu Colin dan membaca “whitepaper” Coinshield dan kedua-duanya menjadi rakan. Beliau kemudian terlibat dalam projek kebanyakannya di belakang tabir dan mula lebih terlibat secara langsung bermula pada musim panas tahun 2015. Sejak itu, Preston telah membantu membina pasukan Nexus dan Pengguna dan kerja-kerja untuk melanjutkan misi Nexus. Preston mempunyai MS dalam Biologi / Sains Alam Sekitar dan bekerja sebagai Pengurus Jabatan Sumber Asli pada firma konsulting sebagai pekerjaan hariannya. Beliau gemar menghabiskan masa dengan Isteri & anak perempuan, perkhemahan, mendaki, festival muzik, dan sudah tentu, bekerja bersama Nexus.

Kredit Berita

Penulis: gjsteele71 (@spaid)

Editor: Preston (@pdogg147)

Alih bahasa : Hakimnas (@hakimnas)